Bismillah..
Semalamkan mase ana dok sibuk scroll2 TL dekat fb ana, tetibe ana tertarik dengan satu post dari sahabat ana ni.
@ustazharidrus: Persetujuan isteri tak penting untuk lelaki kahwin ramai, yang penting berkemampuan.
Haaa..tudia tudia.ni yang menarik minat ana nak kupaskan lagi pasai isu ni.hum hum. Kalau bab2 kahwin ramai @ poligami sape yang tak nak kan?errr,,mugkin bagi lelaki..TAPI..kalau perempuan??
DAN...akan keluarlah statement yang mengatakan..
"Saya nak kahwin ramai sebab saya nak ikut sunnah Nabi. Awak, kalau tak izinkan saya kahwin, jawabnya NERAKALAHHH! ALLAH tak redha isteri yang macam awak ni. Awak tak nak ke dapat PAYUNG EMAS nanti??!! Tak cium bau syurga awak nanti!"
Hah! tudia tudia. hambek kau setempek. -.-''
*fenomone yang berlaku zaman sekarang..ramai lelaki yang lebih suke menggunakan statement2 yang semaksud ataupun sama erti dengannya.
ATAUPUN "mungkin"...
"Kahwin satu pun asyik bergaduh je. Siang malam isteri saya tu asyik duk membebel, berleter sampaikan saya dah tak tahan lagi dengan perangai dia!"
ATAU..
"Tapi, saya dah tak boleh nak kawal diri saya lagi. Bukankah itu lebih baik daripada berbuat zina? Samada isteri saya setuju ataupun tak, saya tetap dengan keputusan saya! Bukankah isteri wajib taat kepada suami dalam semua perkara yang tidak menyalahi syariat?? Suami hendak berkahwin lagi bukannya melawan hukum Allah DANN sepatutnya dia sebagai isteri patut taat dan setuju aje!"
ATAU.."mungkin"..
"Saya dah bosanla nak menghadap muka isteri saya tu hari-hari. Kadang-kadang tu, naik meluat dah saya dengan kerenah dia. yang paling buat saya geram dengan dia tu, bila saya mintak nak kahwin lagi, dimintanya saya untuk ceraikan dia. Apa dia ingat bercerai-berai tu perkara yang disukai Allah. Bukankah perceraian itu perkara yang paling dibenci Allah. Saya dah cuba ingatkan dan dia berdosa besar kerana meminta cerai! Malah, dia berdosa besar sebab dah tolak sunnah Nabi dan hukum Allah! tapi dia tu degil! keras kepala! tamak! Apa dia fikir saya ni milik dia sorang je? tak boleh dikongsi?"
*gedebush.gedebush.haha. hambek ekau, begitulah lontaran yang selalunya dilontarkan oleh encik suami apabila diutarakan isu poligami ni.err,,dalam bab ni, ana bukanlah nak menyalahkan kaum adam 100% totally okay. Ana hanya bagi sedikit contoh fenomena yang berlaku sekarang. macam dalam drama tuuu.
Persoalannya,
Hah, kan dah banyak persoalan yang ana lontarkan.Ce pikir ce pikir..luangkan masa anda sekejap untuk berfikir.
- Adakah poligami itu hukumnya WAJIB?
- Adakah wajar isteri dilabel dengan "menolak sunnah Nabi & hukum Allah" hanya kerana tidak mahu berpoligami?
- Adakah isteri berdosa besar sekiranya mahu meminta cerai?
- Adakah wajar tindakan suami untuk merahsiakan perkahwinannya daripada isteri pertamanya A.K.A kahwin diam-diam?
- Adakah lelaki mampu berlaku ADIL sekalipun dia berkemampuan?
- Adakah poligami itu penyelesaian utama kepada sesuatu masalah?
- Adakah poligami itu boleh dipaksa?
- Adakah semua wanita rela untuk diduakan cintanya?
- Patutkah berkahwin lagi, sedangkan isteri & anak-anak sering diabaikan?
- Monogami @ poligami? Mana lebih utama?
JOM kita kupaskan satu persatu persoalan yang timbul ni ye.
# Adakah poligami itu hukumnya WAJIB?
Agak-agak korang, wajib ke? atau mungkin sunat? harus? Hah. mana satu ni? Cuba kita fikirkan, adakah semua yang Nabi buat itu hukumnya sunnah atau disebut sunat? Adakah apa yang Nabi buat itu tiada yang hukumnya wajib, haram ataupun makruh untuk kita?
Para ulama berhempas-pulas mengkaji apa hukum asal setiap perbuatan Nabi untuk kita. Tapi, kita pula dengan mudahnya meletakkan semua hukumnya adalah sunnah atau digalakkan agama? Kalau dah macam tu, mungkin kita tak perlukan lagi cabang ilmu Fiqh & usul Fiqh yang membincangkan dengan mendalam berkenaan hukum & dalil hukum. Padahal, cabang ilmu ni lah sebenarnya suatu tingkatan yang tinggi selepas mendapat bahan mentah daripada al-Quran & al-Hadis.
Islam sememangnya memberi batas dalam poligami malah turut mengenakan pelbagai syarat yang berat. Jelaslah, ianya suatu keperluan dalam masalah-masalah tertentu dan bukannya suatu pilihan utama bagi diambil mudah oleh setiap lelaki. INGAT YA!
# Adakah wajar isteri dilabel dengan "menolak sunnah Nabi & hukum Allah" hanya kerana tidak mahu berpoligami?
Ana yakin, Islam agama yang paling memahami hati dan perasaan wanita. Islam itukan agama fitrah. Apabila Allah telah menciptakan sesuatu fitrah, sudah pasti DIA amat adil terhadap fitrah tersebut. Fitrah cinta yang mengharapkan penuggalan cinta daripada kekasihnya. DAN ana yakin, Allah tidak menjadikan pemaksaan kepada wanita dalam hal poligami.
Menghukum tiadanya iman seseorang tanpa hujah ilmiah yang benar mugkin boleh mengheret seseorang ke neraka. Pendapat bersifat memaksa sebegini hanya akan menyebabkan ramai wanita yang rosak akhlaknya lantaran cemburu yang keterlaluan. Kesannya, apabila ramai wanita di neraka, bukankah pemikiran lelaki yang sebegini turut menyumbang ke arahnya? Mereka yang menyebabkan ramai wanita ke kancah dosa. Mengapa tidak diberi ruang untuk wanita itu diceraikan saja?
# Adakah isteri berdosa besar sekiranya mahu meminta cerai? Adakah poligami itu boleh dipaksa?Adakah semua wanita rela untuk diduakan cintanya?
Hmmm,, ana ada satu soalan. Jika lelaki dibenarkan untuk
berpoligami, mengapa pula wanita tidak boleh berpoligami? Cuba kita fikir,
luaskan lagi pemikiran anda ye. Sekiranya disebabkan kita takut tidak tahu anak
yang bakal lahir nanti tu anak siapa, kan boleh je buat ujian DNA nanti. Zaman
sekarang kan dah canggih. Ahhh, sudah. Lingkup, lingkup. -.-
DAN…
Ni yang memang selalu berlaku ye. “Alih-alih, wanita
jugak yang dikatakan terlalu emosi dan cemburu bila isukan hal poligami”.
Betul??? Cuba bayangkan ‘kalau’ wanita dibenarkan untuk berkahwin ramai, apa
perasaan kaum lelaki? Gembira? Sedih? Ada unsur-unsur CEMBURU tak? Nah,,di
sinilah baru kita dapat lihat, dan ana sangat2lah yakin pasti kaum lelaki akan
lebih beremosi dan cemburu hingga sanggup berbunuh-bunuhan. Ramai yang akan
menjerut leher sendiri juga lantaran cemburu. Ahah!
Don’t you still get it? Cuba bayangkan betapa cemburunya seorang
isteri, saat suaminya membawa wanita lain masuk de dalam hidupnya. (imagine
that it happened to you!) apa perasaan? Hancur luluh hatiku, berderai menjadi
keping-kepingan…yeah, OF COURSE! Ya Allah, jauhkanlah jauhkanlah.
DAN, BENARKAH..
“Sekiranya isteri tidak rela dimadukan, Islam memahami hati si
isteri? Atau mungkin Islam menghukum isteri itu nusyuz, tidak taat dan masuk
neraka?”
FOR SURE, mestilah Islam memahami! Yes, memang, memang lah isteri
wajib taatkan suami sebagai hukum asal. Memang tak dinafikan, memang. TETAPI!
Setiap kewajipan ada rukhsahnya or we called it as keringanan. Sekiranya ada
yang berpandangan isteri dipaksakan Islam untuk bermadu, itu hanya pendapatnya
saja, bukannya wahyu. INGAT YA! Islam itu agama yang adil, agama fitrah, agama
yang PALING memahami hati dan perasaan manusia. Isteri berhak menjaga agamanya
daripada rosak dek cemburu yang keterlaluan.
Apa dalilnya?
Mari ana ceritakan sebuah kisah yang menarik dalam hadis sahih
Bukhari Muslim. Begini kisahnya. Sayyidina Ali pernah menyatakan hasratnya mahu
menikahi Puteri Abu Jahal. Fatimah az-Zahra dengan fitrah wanitanya tidak rela
bermadu. Apabila hal ini diadukan kepada Rasulullah, Rasulullah tidak pernah
mempersoalkan iman Fatimah dan tidak pula mendesak puterinya supaya taat.
Malah, Rasulullah sendiri turut memahami kecemburuan puterinya. Sebagai bapa
yang berwibawa, baginda sendiri menyatakan bantahannya kepada Ali dan meminta
puterinya diceraikan sekiranya Ali tetap dengan niatnya itu. Ali itu bukan
calang-calang orangnya. Dia lelaki yang bertakwa dan sentiasa adil dalam
tindakannya. Apatah lagi, Ali tidak pernah melakukan kekerasan kepada
isterinya. Namun, Islam tetap meraikan suara hati isteri dalam hal ini.
Sekiranya isteri tidak merelakan, maka dia berhak minta untuk diceraikan.
Bagaimana pula dengan…
“Bukankah isteri yang meminta untuk diceraikan tidak akan mencium
bau syurga?”
GUYS, cuba kita fahami betul-betul hadis tentang hal ni. Isteri
yang meminta untuk diceraikan tanpa sebab ataupun asas yang kukuh
misalnya, pantang je gaduh, mintak cerai. Gaduh kecik-kecik, sebab berebut
remote TV pun nak mintak cerai. Suami tak nak bawak pegi zoo pun dah nak mintak
cerai. Okay, ni CONTOH je. Maksudnye, pergaduhan yang kecik-kecik la. TAPI,
kalau si isteri ada sebab yang kukuh, ia boleh jadi rukhsah. Sedangkan perkara
yang wajib seperti solat pun ada rukhsah kan? SO, macam mane nak tahu sebab tu
relevan, kukuh, atau tak? OKAY, sebab yang paling tepat ialah apa jua sebab
yang dapat menjejaskan akhirat seseorang isteri seperti mana hujah isteri
Thabit, takut berlaku kekufuran. Manakala, penolakan Fatimah kerana takut
akhiratnya rosak disebabkan oleh cemburu, seperti mana syarah Imam Nawawi.
# Patutkah berkahwin lagi, sedangkan isteri & anak-anak sering
diabaikan?
Adakah ana mendakwa haram untuk berpoligami? TIDAK! Dan tidak sama
sekali. Ana bukanlah berjuang untuk mengharamkan poligami, no, no, no. TETAPI,
ana cuma berjuang supaya poligami itu tidak dipaksakan ke atas isteri.hmm.
Isteri ada hak okay. Ana cuma mahu tegaskan bahawa poligami itu hak individu
dan seseorang berhak membenarkan mahupun tidak membenarkan ia berlaku ke atas
dirinya DAN dalam masa yang sama isteri tetap menyedari hakikat bahawa syariat
mengharuskannya kepada sesiapa yang rela. Ana berjuang supaya poligami tidak
digalakkan dan diambil mudah. SEBAB? Sebabnya, supaya institusi keluarga
menjadi lebih terurus, bahagia, kurang konflik, kurang risiko ketidakadilan dan
juga anak-anak akan cukup perhatian. That’s it!
“Lelaki suka menggunakan alasan, lebih baik menikah lagi daripada
berzina” WHY? WHY?
Huh! Nak tau kenapa? Ini lah alasan kaum lelaki yang hidupnya
jelas menghampiri jalan-jalan zina. Tak jaga pergaulan. Tak takut langsung
dengan Allah. Padahal, Allah ada menyatakan dalam surah al-Israk ayat 32, “janganlah
kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah kekejian dan seburuk-buruk jalan,”
Ana ada soalan, “Nak tak kita bersuamikan seorang lelaki yang
awal-awal lagi dah menawarkan cinta melalui jalan yang menghampiri murka Allah?
Awal-awal lagi dah berani tunjuk yang dia langsung tidak takutkan Allah. Layak
ke lelaki yang sebegini untuk dijadikan imam dalam hidup kita? Cuba tanya diri
masing-masing, layakkah? DAN layakkah kita untuk mendapat lelaki yang
betul-betul soleh untuk menjadi imam kita nanti, andainya kita tidak
mempersiapkan diri kita sebagai produk solehah?
# Adakah wajar tindakan suami untuk merahsiakan perkahwinannya
daripada isteri pertamanya A.K.A kahwin diam-diam?
Benarkah..
Keizinan isteri sudah tidak penting lagi dalam urusan poligami? Sebabnya, mestila isteri tak izinkan! Betul?? Mungkin sebab tu jugak, orang lelaki ni fikir, kalau dah berhajat, buat aje. Mulut isteri ni senang je nak zip. Zip dengan ancaman dosa, nusyuz, menolak sunnah Nabi, and bla bla bla…
Keizinan isteri sudah tidak penting lagi dalam urusan poligami? Sebabnya, mestila isteri tak izinkan! Betul?? Mungkin sebab tu jugak, orang lelaki ni fikir, kalau dah berhajat, buat aje. Mulut isteri ni senang je nak zip. Zip dengan ancaman dosa, nusyuz, menolak sunnah Nabi, and bla bla bla…
Hurm..memanglah SAH walaupun isteri tak izinkan. TAPI,, ce pikir,
ce pikir.. bahagia ke hidup macam tu? Bahagia? Hidup yang macam tu ke saudara
nak? Bukan ke,, konsep sebuah perkahwinan tu untuk mewujudkan mawaddah, rahmah
dan sakinah? Please ask yourself people. PLEASE. Berpoligami tanpa rela isteri
ni sebenarnya satu penderaan perasaan yang AMAT berat DAN dahsyat bagi kaum
wanita. DAN wajarkah wanita dipersalahkan seratus peratus? Siapa yang
mengheretnya kepada ujian hidup bermadu tanpa adab? Siapa?
SO, wajar atau tak, seorang suami langsung tak ambil peduli
pandangan isterinya terlebih dahulu sebelum berpoligami? Saudara rasa wajar ke
tak? Think about it okay. Please consider. Urusan poligami bukan urusan suami
seorang je tau, tapi ia melibatkan urusan isteri dan anak-anak. So,
automatically, suara isteri juga wajar diperbincangkan bersama secara syura.
YEAH! Suami tak boleh la berlagak macam dictator yang control semua kuasa. No,
no, no. sebab,,keputusan berpoligami melibatkan HAK orang lain. DAN sekiranya
hak tersebut dizalimi tanpa izin, ia sememangnya berpengaruh kepada SYURGA dan
NERAKAnya.
# Adakah lelaki mampu berlaku ADIL sekalipun dia berkemampuan?
ADILkah lelaki andainya mereka berpoligami? Sejauh manakah
keadilan mereka? Harus diingat ya, tiada seorang lelaki pun yang sesempurna
baginda Rasullulah SAW. Baginda berpoligami bukan kerana terjatuh cinta mahupun
berpacaran sebelum menikah. Poligami baginda bersama takwa semata-mata. Itupun
baginda sangat takut dihisab nanti sehingga baginda merayu kepada Allah agar
diampunkan apa yang baginda tidak mampu. Baginda sedar perkahwinan bukan
sekadar menghalalkan persetubuhan bahkan ia mesti disertai dengan tanggungjawab
yang besar. Baginda berpoligami bagi menafkahi dan memberi giliran dengan penuh
adil. TETAPI, berbeza pula dengan fenomena yang berlaku sekarang, ramai lelaki
yang berpoligami dengan mengabaikan nafkah zahir secara adil. Malah, nafkah
batin seperti senyuman, nafkah kata-kata yang baik dan nafkah berlaku lembut
kepada kecemburuan isteri juga turut sering terabai.
# Adakah poligami itu penyelesaian utama kepada
sesuatu masalah?
Betul ataupun tidak, kalau bergaduh je,,, si suami mesti ugut
isteri nak kahwin lain. Amboi…senangnya main ugut-ugut ye.. apa mereka ingat
poligami tu mudah? Mungkin terlalu mudah bagi mereka.. T_T
Tahu tak syaratnya apa? YEZZA, ADIL! Kena ADIL! (syarat keadilan
yang sangat berat sebenarnya, kalau difahamkan betul-betul). Wahai saudara,
cuba tanya diri saudara, mampu atau tidak saudara mendidik isteri yang satu itu
dengan baik? Yakinkah saudara? Yakin saudara tidak akan dipersoalkan oleh Allah
akan keadilan yang telah saudara lakukan? Sekiranya yakin, silakanlah. TAPI!
Sekiranya saudara sendiri pun masih tidak mampu untuk mendidik dan membimbing
satu isteri saudara dengan baik, mampukah pula saudara membimbing dua
atau tiga isteri saudara dengan lebih baik nanti? Tidak takut tempang diakhirat
kelak? Tidak takut hak isteri-isteri saudara dipersoalkan diakhirat nanti?
Lelaki yang bertakwa sememangnya takut untuk mengambil jalan mudah
hendak berpoligami kerana takut akan dosa. Subhanallah..berat sebenarnya
poligami ni, sangat berat. Al-Quran juga mengingatkan kita bahawa berkahwin
satu itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Poligami bukan suatu
kebebasan kepada lelaki sebaliknya satu keterikatan pada tanggungjawab yang
lebih dahsyat. Nah, dan tanggungjawab itulah yang akan dipersoalkan oleh Allah
nanti.
Dalam al-Quran, ada ayat yang mengharuskan poligami beserta syarat
yang ketat, iaitu ADIL. Nampak tak, banyak kali dah kan ana mention pasal
adil-adil ni. Malah, ada tiga jenis pernikahan yang Allah sebutkan..DAN..ianya
ialah..
1. Menikahi
anak yatim yang ditakuti akan berbuat zalim padanya
2. Menikahi
2,3,4 isteri.
3. Menikahi
seorang isteri atau hamba.
Okay, take note! Cuba lihat betul-betul susunan ayat Allah ni. Ada
susunan fiqh awlawiyat (keutamaan) di sini ya! Daripada
menikahi anak yatim, baik berpoligami. Daripada berpoligami, baik menikah satu.
YEZZA. Allah menegaskan, menikahi satu atau menikahi hamba itu lebih dekat
kepada tidak berbuat aniaya. Menikahi seorang isteri adalah yang terbaik kerana
berlaku adil itu sangat sukar DAN sangat dekat kepada berbuat ZALIM.
# Monogami @
poligami? Mana lebih utama?
FUHH..panjang berjela dan bersemangat la pulak ana membebel pasal
isu ni ye. Aish, jangan pandang ringan pasal poligami ni tau. Kenala semangat
kalau nak kongsi sesuatu ilmu kan? INGAT NI, menjelaskan poligami sebagai
alternatif itu penting. DAN mendedahkan hakikat monogami lebih jauh kepada
berbuat aniaya itu juga penting. Membimbing pasangan berpoligami bagi mengurus
cemburu itu penting. Memberi pertimbangan yang wajar kepada orang yang belum
berpoligami itu juga penting. Pokok pangkalnya, semuanya PENTING! Semuanya
penting untuk diperjelaskan kepada masyarakat.
HAH! Ana ada satu lagi soalan buat saudara dan saudari yang
membaca. Kalau diberi pilihan, cara hidup yang manakah akan
saudara/saudari pilih?
MONOGAMI ataupun POLIGAMI?
------------------------------------------------------------------------------------
(jawab dengan seikhlas hati)
Kalau jawapan ana, ana pilih cara Nabi, cara Nabi adalah hidup
bermonogami dengan pasangan pertamanya, bermonogami ketika anak-anaknya masih
kecil, bermonogami ketika isterinya mampu melahirkan zuriat dan tetap
bermonogami tanpa apa-apa keperluan mendesak.
Dan…INGAT!
Jangan menganggap hukum Islam itu cuma satu iaitu WAJIB. Apa tidak
ada pecahannya yang lain? Bagaimana dengan harus, sunnah, makruh dan haram?
Fikir-fikirkanlah.
Sekian,, sedikit pencerahan dari ana, mungkin entry kali ini ada banyak kekurangan..mohon dimaafkan kalau ada. Ana cuma mengajak saudara/saudari membuka ruang untuk berfikir sejenak. Semoga membawa manfaat buat kalian. Ameen.
"Saya nak kahwin ramai sebab saya nak ikut sunnah Nabi." paling menyampah bila lelaki bagi alasan ni utk berpoligami..kalau sunnah2 Rasulullah yang lain pun kau tak buat,awat sunnah yang kahwin lebih dari satu ni kau sibuk2 nak buat?
ReplyDeleteRasulullah saw kahwin lebih dari satu atas perintah Allah swt..then kau nak kahwin lebih dari satu ni atas perintah apa?hanya kerana nafsu syahwat semata-mata shj ka?Allah Allah Allah,ni lah dia org zaman sekarang kan..
moga kita diberikan pasangan hidup yang menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya..Allahumma Ameen =)
betul tu shira. mereka kena faham, makna sebenar dan tujuan poligami yang sebenarnya apa.bukan tuntutan hawa nafsu semata-mata.ramai yang pandang ringan hal ni.bukanlah nak salahkan kaum lelaki 100%. mungkin ada jugak salah perempuan yang tidak pandai menjaga diri mereka supaya menjadi mawar yang terpelihara.hum.sedih sangat bila orang lelaki anggap poligami ni benda yang remeh. poligami mmg sunnah Rasulullah sbb Rasulullah buat. TAPI, kenapa monogami yang Rasulullah buat semasa baginda hidup bersama Khadijah mereka tak nak contohi? bukankah itupun sunnah Rasulullah jugak?
ReplyDeleteSatu kupasan yg baik! Senang difahami dan yupp..setuju dgn pendapat saudara...terutama dlm bab berterus terang !Tidak perlu berpura2 dan menyembunyikan fakta sebenar. Jk ingin berpoligami.. mesti gentleman & perlu berani tanpa perlu berpura2 baik....rasa pedih disakiti bila diri diduakan bg seorang isteri itu.... sgt dahsyat..sukar diluahkan dgn kata2 ...tp lagi sadis jk mengetahui diri diduakan oleh suami tanpa sedar...terasa hidup
ReplyDeletedicarik2..dirobek..tanpa belas ehsan !
Satu kupasan yg baik! Senang difahami dan yupp..setuju dgn pendapat saudara...terutama dlm bab berterus terang !Tidak perlu berpura2 dan menyembunyikan fakta sebenar. Jk ingin berpoligami.. mesti gentleman & perlu berani tanpa perlu berpura2 baik....rasa pedih disakiti bila diri diduakan bg seorang isteri itu.... sgt dahsyat..sukar diluahkan dgn kata2 ...tp lagi sadis jk mengetahui diri diduakan oleh suami tanpa sedar...terasa hidup
ReplyDeletedicarik2..dirobek..tanpa belas ehsan !
Kenapa perlu sembunyi bla nk kawin lg? TAKUT BINI KE? Hahahaha
ReplyDelete