Bagaimanakah pula yang dikatakan sabar dalam mengerjakan ketaatan?Kata orang, mudah sekali untuk melakukan kebaikan, tapi sukar untuk istiqamah. Saya yakin, pasti ramai di antara kita yang bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang taat, termasuklah juga saya. Sama ada taat mengerjakan apa yang diperintahkan atau taat meninggalkan apa yang dilarang, semuanya bukanlah semudah yang diimpikan. Sememangnya pasti ada ujian yang menanti. Ia memerlukan istiqamah dan kesabaran yang tinggi.
Jika ingin menjadi hamba Allah yang taat..kesabaran amatlah diperlukan. Kenapa kalau nak taat je kena sabar?? sebab...orang yang nak beribadat pada Allah ni akan diuji dengan bermacam-macam ujian..sebab tu lah kena sabar..jika seseorang itu sabar dalam keadaan taat, sudah pasti dia akan berada di peringkat tertinggi kesabaran..Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sebenarnya tidak pernah terlepas dari diuji oleh Allah. Cuma, yang membezakannya adalah bagaimana cara seseorang itu menghadapi ujian tersebut. Sama ada dia menghadapinya dengan sabar ataupun sebaliknya. Misalnya dalam aspek solat. Bukan mudah untuk mendirikan solat, menunaikan ibadat puasa, membayar zakat dan mengerjakan haji. Semuanya memerlukan kesabaran dalam mengerjakannya..
Apabila terdengar laungan azan pada waktu pagi, kita perlu terus bangun untuk menunaikan solat subuh. Pasti wujud cabaran sama ada kita mahu meneruskan tidur atau mengerjakan tuntutan ibadat tersebut. Begitu juga bagi hamba-hamba Allah yang mahu bangkit dari tidur semata-mata hanya untuk bertahajud dan memuji-muji keagungan Sang PenciptaNya. Pasti akan timbul cabaran di dalam diri mereka. Di kala orang lain sedang hanyut dibuai mimpi-mimpi indah..mereka pula bangkit untuk sujud pada yang Maha Esa. Di sinilah akan terwujudnya kesabaran dalam mengerjakan ketaatan..bagi para hambaNya yang taat, di sinilah kesabaran mereka akan diuji.
Begitu jugalah keadaanya ketika sedang enak menikmati makanan sepanjang tahun, tiba pada suatu ketika kita perlu berhenti, ada perintah lain yang menanti. Apakah perintahnya?? Ya,PUASA! Ia juga memerlukan kesabaran dan ketaatan. Semua perkara yang kita lakukan sebenarnya memerlukan kesabaran! Selepas bersusah payah, membanting tulang dan memerah keringat untuk mencari rezeki, datang pula perintah agar kita menunaikan zakat. Ia perlu dilakukan dengan penuh kesabaran demi sebuah ketaatan. Itulah cabaran dan ujiannya. Misalnya, ada orang yang kerjanya hanya menanam padi, kadang-kadang diserang banjir, adakalanya tidak, namun apabila mendapat hasil, zakat perlu juga dibayar.
Itulah yang dikatakan sabar dalam ketaatan. Kesabaran ini menuntut kepada pengorbanan dan penghayatan yang sebenar-benarnya. Andai tiada kesabaran yang tinggi, sudah pasti,agak mustahil untuk kita melaksanakan ketaatan ini. Marilah kita sama-sama sejenak memikirkan dimanakah tahap kesabaran kita?...fikir dan renung-renungkanlah...
sekian,,
hanya sekadar perkongsian ilmu sebagai peringatan buat diri sendiri
dan juga kalian yang membaca..
semoga ilmu yang kita peroleh dapat dimanfaatkan bersama-sama.
InsyaAllah..
Pika..♥
No comments:
Post a Comment