Cinta adakalanya memberikan kita kekuatan dan semangat. Namun, andai disalahguna, boleh membawa mudarat kepada diri kita. Yakinlah bahawa bukan cinta itu yang salah, tetapi hanya kita yang gagal untuk memahami erti cinta yang sebenar. Kita yang gagal untuk menguruskannya.
Bukanlah ana melarang sahabat2 ana daripada bercinta, tetapi kita mesti ingat bahawa cinta yang kita letakkan itu janganlah sesekali melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulullah. Bercintalah, sebab kita layak untuk mencintai apa sahaja yang dibenarkan syarak.
Cinta kepada Allah dan Rasulullah adalah kemuncak segala cinta..malah para sahabat dan kaum Muslimin yang terdahulu juga telah melaluinya. Pelbagai bentuk ujian yang telah mereka lalui dalam kembara mencari cinta Ilahi dan pelbagai rintangan telahpun mereka tempuh semata-mata untuk membuktikan cinta mereka pada yang Esa.
Ahli keluarga, harta, kemewahan dan perhiasan duniawi sama sekali tidak menjadi penghalang buat mereka. Inilah bukti yang telah mereka tunjukkan demi pengorbanan cinta sejati.Allah.. :')
TAPI,,,janganlah kita terus lenyapkan dan buang jauh2 dunia dan perhiasannya semata-mata untuk mengejar akhirat..CUMA,,kita perlu lebih berhati-hati dan bersederhana dalam bercinta..ingat ye pesan ana ni..ana pun pesan dekat diri ana jugak..sambil tu kita saling ingat mengingatkan..tak salah kan..malah,,kita tak rugi satu sen pun.InsyaAllah dapat pahala + ganjaran dari Allah..
Janganlah memberi cinta melebihi hadnya, kelak kita yang dikecewakan.. dan,,janganlah kita membenci seseorang itu melebihi hadnya. adakala orang itu jugalah yang akan menjadi sahabat kita suatu hari nanti..♥
Just to remind,
Pika..♥
No comments:
Post a Comment