Friday, 23 November 2012

Pilihan anda?

Bismillah..

Semalamkan mase ana dok sibuk scroll2 TL dekat fb ana, tetibe ana tertarik dengan satu post dari sahabat ana ni.
@ustazharidrus: Persetujuan isteri tak penting untuk lelaki kahwin ramai, yang penting berkemampuan.
Haaa..tudia tudia.ni yang menarik minat ana nak kupaskan lagi pasai isu ni.hum hum. Kalau bab2 kahwin ramai @ poligami sape yang tak nak kan?errr,,mugkin bagi lelaki..TAPI..kalau perempuan??

DAN...akan keluarlah statement yang mengatakan..
 "Saya nak kahwin ramai sebab saya nak ikut sunnah Nabi. Awak, kalau tak izinkan saya kahwin, jawabnya NERAKALAHHH! ALLAH tak redha isteri yang macam awak ni. Awak tak nak ke dapat PAYUNG EMAS nanti??!! Tak cium bau syurga awak nanti!" 
Hah! tudia tudia. hambek kau setempek. -.-''
*fenomone yang berlaku zaman sekarang..ramai lelaki yang lebih suke menggunakan statement2 yang semaksud ataupun sama erti dengannya.

ATAUPUN "mungkin"...
"Kahwin satu pun asyik bergaduh je. Siang malam isteri saya tu asyik duk membebel, berleter sampaikan saya dah tak tahan lagi dengan perangai dia!"
ATAU..
"Tapi, saya dah tak boleh nak kawal diri saya lagi. Bukankah itu lebih baik daripada berbuat zina? Samada isteri saya setuju ataupun tak, saya tetap dengan keputusan saya! Bukankah isteri wajib taat kepada suami dalam semua perkara yang tidak menyalahi syariat?? Suami hendak berkahwin lagi bukannya melawan hukum Allah DANN sepatutnya dia sebagai isteri patut taat dan setuju aje!"
ATAU.."mungkin"..
 "Saya dah bosanla nak menghadap muka isteri saya tu hari-hari. Kadang-kadang tu, naik meluat dah saya dengan kerenah dia. yang paling buat saya geram dengan dia tu, bila saya mintak nak kahwin lagi, dimintanya saya untuk ceraikan dia. Apa dia ingat bercerai-berai tu perkara yang disukai Allah. Bukankah perceraian itu perkara yang paling dibenci Allah. Saya dah cuba ingatkan dan dia berdosa besar kerana meminta cerai! Malah, dia berdosa besar sebab dah tolak sunnah Nabi dan hukum Allah! tapi dia tu degil! keras kepala! tamak! Apa dia fikir saya ni milik dia sorang je? tak boleh dikongsi?"
 *gedebush.gedebush.haha. hambek ekau, begitulah lontaran yang selalunya dilontarkan oleh encik suami apabila diutarakan isu poligami ni.err,,dalam bab ni, ana bukanlah nak menyalahkan kaum adam 100% totally okay. Ana hanya bagi sedikit contoh fenomena yang berlaku sekarang. macam dalam drama tuuu.

Persoalannya,
  1. Adakah poligami itu hukumnya WAJIB?
  2. Adakah wajar isteri dilabel dengan "menolak sunnah Nabi & hukum Allah" hanya kerana tidak mahu berpoligami?
  3. Adakah isteri berdosa besar sekiranya mahu meminta cerai?
  4. Adakah wajar tindakan suami untuk merahsiakan perkahwinannya daripada isteri pertamanya A.K.A kahwin diam-diam?
  5. Adakah lelaki mampu berlaku ADIL sekalipun dia berkemampuan?
  6. Adakah poligami itu penyelesaian utama kepada sesuatu masalah?
  7. Adakah poligami itu boleh dipaksa?
  8. Adakah semua wanita rela untuk diduakan cintanya?
  9. Patutkah berkahwin lagi, sedangkan isteri & anak-anak sering diabaikan?
  10. Monogami @ poligami? Mana lebih utama?
Hah, kan dah banyak persoalan yang ana lontarkan.Ce pikir ce pikir..luangkan masa anda sekejap untuk berfikir.

JOM kita kupaskan satu persatu persoalan yang timbul ni ye.

# Adakah poligami itu hukumnya WAJIB?

Agak-agak korang, wajib ke? atau mungkin sunat? harus? Hah. mana satu ni? Cuba kita fikirkan, adakah semua yang Nabi buat itu hukumnya sunnah atau disebut sunat? Adakah apa yang Nabi buat itu tiada yang hukumnya wajib, haram ataupun makruh untuk kita?

Para ulama berhempas-pulas mengkaji apa hukum asal setiap perbuatan Nabi untuk kita. Tapi, kita pula dengan mudahnya meletakkan semua hukumnya adalah sunnah atau digalakkan agama? Kalau dah macam tu, mungkin kita tak perlukan lagi cabang ilmu Fiqh & usul Fiqh yang membincangkan dengan mendalam berkenaan hukum & dalil hukum. Padahal, cabang ilmu ni lah sebenarnya suatu tingkatan yang tinggi selepas mendapat bahan mentah daripada al-Quran & al-Hadis.

Islam sememangnya memberi batas dalam poligami malah turut mengenakan pelbagai syarat yang berat. Jelaslah, ianya suatu keperluan dalam masalah-masalah tertentu dan bukannya suatu pilihan utama bagi diambil mudah oleh setiap lelaki. INGAT YA!

# Adakah wajar isteri dilabel dengan "menolak sunnah Nabi & hukum Allah" hanya kerana tidak mahu berpoligami?

Ana yakin, Islam agama yang paling memahami hati dan perasaan wanita. Islam itukan agama fitrah. Apabila Allah telah menciptakan sesuatu fitrah, sudah pasti DIA amat adil terhadap fitrah tersebut. Fitrah cinta yang mengharapkan penuggalan cinta daripada kekasihnya. DAN ana yakin, Allah tidak menjadikan pemaksaan kepada wanita dalam hal poligami. 

Menghukum tiadanya iman seseorang tanpa hujah ilmiah yang benar mugkin boleh mengheret seseorang ke neraka. Pendapat bersifat memaksa sebegini hanya akan menyebabkan ramai wanita yang rosak akhlaknya lantaran cemburu yang keterlaluan. Kesannya, apabila ramai wanita di neraka, bukankah pemikiran lelaki yang sebegini turut menyumbang ke arahnya? Mereka yang menyebabkan ramai wanita ke kancah dosa. Mengapa tidak diberi ruang untuk wanita itu diceraikan saja?



Adakah isteri berdosa besar sekiranya mahu meminta cerai? Adakah poligami itu boleh dipaksa?Adakah semua wanita rela untuk diduakan cintanya?



Hmmm,, ana ada satu soalan. Jika lelaki dibenarkan untuk berpoligami, mengapa pula wanita tidak boleh berpoligami? Cuba kita fikir, luaskan lagi pemikiran anda ye. Sekiranya disebabkan kita takut tidak tahu anak yang bakal lahir nanti tu anak siapa, kan boleh je buat ujian DNA nanti. Zaman sekarang kan dah canggih. Ahhh, sudah. Lingkup, lingkup. -.-


DAN…

Ni yang memang selalu berlaku ye. “Alih-alih, wanita jugak yang dikatakan terlalu emosi dan cemburu bila isukan hal poligami”. Betul??? Cuba bayangkan ‘kalau’ wanita dibenarkan untuk berkahwin ramai, apa perasaan kaum lelaki? Gembira? Sedih? Ada unsur-unsur CEMBURU tak? Nah,,di sinilah baru kita dapat lihat, dan ana sangat2lah yakin pasti kaum lelaki akan lebih beremosi dan cemburu hingga sanggup berbunuh-bunuhan. Ramai yang akan menjerut leher sendiri juga lantaran cemburu. Ahah!



Don’t you still get it? Cuba bayangkan betapa cemburunya seorang isteri, saat suaminya membawa wanita lain masuk de dalam hidupnya. (imagine that it happened to you!) apa perasaan? Hancur luluh hatiku, berderai menjadi keping-kepingan…yeah, OF COURSE! Ya Allah, jauhkanlah jauhkanlah.

DAN, BENARKAH..

“Sekiranya isteri tidak rela dimadukan, Islam memahami hati si isteri? Atau mungkin Islam menghukum isteri itu nusyuz, tidak taat dan masuk neraka?”

FOR SURE, mestilah Islam memahami! Yes, memang, memang lah isteri wajib taatkan suami sebagai hukum asal. Memang tak dinafikan, memang. TETAPI! Setiap kewajipan ada rukhsahnya or we called it as keringanan. Sekiranya ada yang berpandangan isteri dipaksakan Islam untuk bermadu, itu hanya pendapatnya saja, bukannya wahyu. INGAT YA! Islam itu agama yang adil, agama fitrah, agama yang PALING memahami hati dan perasaan manusia. Isteri berhak menjaga agamanya daripada rosak dek cemburu yang keterlaluan.

 Apa dalilnya?

Mari ana ceritakan sebuah kisah yang menarik dalam hadis sahih Bukhari Muslim. Begini kisahnya. Sayyidina Ali pernah menyatakan hasratnya mahu menikahi Puteri Abu Jahal. Fatimah az-Zahra dengan fitrah wanitanya tidak rela bermadu. Apabila hal ini diadukan kepada Rasulullah, Rasulullah tidak pernah mempersoalkan iman Fatimah dan tidak pula mendesak puterinya supaya taat. Malah, Rasulullah sendiri turut memahami kecemburuan puterinya. Sebagai bapa yang berwibawa, baginda sendiri menyatakan bantahannya kepada Ali dan meminta puterinya diceraikan sekiranya Ali tetap dengan niatnya itu. Ali itu bukan calang-calang orangnya. Dia lelaki yang bertakwa dan sentiasa adil dalam tindakannya. Apatah lagi, Ali tidak pernah melakukan kekerasan kepada isterinya. Namun, Islam tetap meraikan suara hati isteri dalam hal ini. Sekiranya isteri tidak merelakan, maka dia berhak minta untuk diceraikan. 

Bagaimana pula dengan…

“Bukankah isteri yang meminta untuk diceraikan tidak akan mencium bau syurga?”

GUYS, cuba kita fahami betul-betul hadis tentang hal ni. Isteri yang meminta untuk diceraikan tanpa sebab ataupun  asas yang kukuh misalnya, pantang je gaduh, mintak cerai. Gaduh kecik-kecik, sebab berebut remote TV pun nak mintak cerai. Suami tak nak bawak pegi zoo pun dah nak mintak cerai. Okay, ni CONTOH je. Maksudnye, pergaduhan yang kecik-kecik la. TAPI, kalau si isteri ada sebab yang kukuh, ia boleh jadi rukhsah. Sedangkan perkara yang wajib seperti solat pun ada rukhsah kan? SO, macam mane nak tahu sebab tu relevan, kukuh, atau tak? OKAY, sebab yang paling tepat ialah apa jua sebab yang dapat menjejaskan akhirat seseorang isteri seperti mana hujah isteri Thabit, takut berlaku kekufuran. Manakala, penolakan Fatimah kerana takut akhiratnya rosak disebabkan oleh cemburu, seperti mana syarah Imam Nawawi.

# Patutkah berkahwin lagi, sedangkan isteri & anak-anak sering diabaikan?

Adakah ana mendakwa haram untuk berpoligami? TIDAK! Dan tidak sama sekali. Ana bukanlah berjuang untuk mengharamkan poligami, no, no, no. TETAPI, ana cuma berjuang supaya poligami itu tidak dipaksakan ke atas isteri.hmm. Isteri ada hak okay. Ana cuma mahu tegaskan bahawa poligami itu hak individu dan seseorang berhak membenarkan mahupun tidak membenarkan ia berlaku ke atas dirinya DAN dalam masa yang sama isteri tetap menyedari hakikat bahawa syariat mengharuskannya kepada sesiapa yang rela. Ana berjuang supaya poligami tidak digalakkan dan diambil mudah. SEBAB? Sebabnya, supaya institusi keluarga menjadi lebih terurus, bahagia, kurang konflik, kurang risiko ketidakadilan dan juga anak-anak akan cukup perhatian. That’s it!

“Lelaki suka menggunakan alasan, lebih baik menikah lagi daripada berzina” WHY? WHY?

Huh! Nak tau kenapa? Ini lah alasan kaum lelaki yang hidupnya jelas menghampiri jalan-jalan zina. Tak jaga pergaulan. Tak takut langsung dengan Allah. Padahal, Allah ada menyatakan dalam surah al-Israk ayat 32, “janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah kekejian dan seburuk-buruk jalan,”
Ana ada soalan, “Nak tak kita bersuamikan seorang lelaki yang awal-awal lagi dah menawarkan cinta melalui jalan yang menghampiri murka Allah? Awal-awal lagi dah berani tunjuk yang dia langsung tidak takutkan Allah. Layak ke lelaki yang sebegini untuk dijadikan imam dalam hidup kita? Cuba tanya diri masing-masing, layakkah? DAN layakkah kita untuk mendapat lelaki yang betul-betul soleh untuk menjadi imam kita nanti, andainya kita tidak mempersiapkan diri kita sebagai produk solehah?

# Adakah wajar tindakan suami untuk merahsiakan perkahwinannya daripada isteri pertamanya A.K.A kahwin diam-diam?

Benarkah..

Keizinan isteri sudah tidak penting lagi dalam urusan poligami? Sebabnya, mestila isteri tak izinkan! Betul?? Mungkin sebab tu jugak, orang lelaki ni fikir, kalau dah berhajat, buat aje. Mulut isteri ni senang je nak zip. Zip dengan ancaman dosa, nusyuz, menolak sunnah Nabi, and bla bla bla…

Hurm..memanglah SAH walaupun isteri tak izinkan. TAPI,, ce pikir, ce pikir.. bahagia ke hidup macam tu? Bahagia? Hidup yang macam tu ke saudara nak? Bukan ke,, konsep sebuah perkahwinan tu untuk mewujudkan mawaddah, rahmah dan sakinah? Please ask yourself people. PLEASE. Berpoligami tanpa rela isteri ni sebenarnya satu penderaan perasaan yang AMAT berat DAN dahsyat bagi kaum wanita. DAN wajarkah wanita dipersalahkan seratus peratus? Siapa yang mengheretnya kepada ujian hidup bermadu tanpa adab? Siapa?

SO, wajar atau tak, seorang suami langsung tak ambil peduli pandangan isterinya terlebih dahulu sebelum berpoligami? Saudara rasa wajar ke tak? Think about it okay. Please consider. Urusan poligami bukan urusan suami seorang je tau, tapi ia melibatkan urusan isteri dan anak-anak. So, automatically, suara isteri juga wajar diperbincangkan bersama secara syura. YEAH! Suami tak boleh la berlagak macam dictator yang control semua kuasa. No, no, no. sebab,,keputusan berpoligami melibatkan HAK orang lain. DAN sekiranya hak tersebut dizalimi tanpa izin, ia sememangnya berpengaruh kepada SYURGA dan NERAKAnya. 

# Adakah lelaki mampu berlaku ADIL sekalipun dia berkemampuan?

ADILkah lelaki andainya mereka berpoligami? Sejauh manakah keadilan mereka? Harus diingat ya, tiada seorang lelaki pun yang sesempurna baginda Rasullulah SAW. Baginda berpoligami bukan kerana terjatuh cinta mahupun berpacaran sebelum menikah. Poligami baginda bersama takwa semata-mata. Itupun baginda sangat takut dihisab nanti sehingga baginda merayu kepada Allah agar diampunkan apa yang baginda tidak mampu. Baginda sedar perkahwinan bukan sekadar menghalalkan persetubuhan bahkan ia mesti disertai dengan tanggungjawab yang besar. Baginda berpoligami bagi menafkahi dan memberi giliran dengan penuh adil. TETAPI, berbeza pula dengan fenomena yang berlaku sekarang, ramai lelaki yang berpoligami dengan mengabaikan nafkah zahir secara adil. Malah, nafkah batin seperti senyuman, nafkah kata-kata yang baik dan nafkah berlaku lembut kepada kecemburuan isteri juga turut sering terabai.

# Adakah poligami itu penyelesaian utama kepada sesuatu masalah?

Betul ataupun tidak, kalau bergaduh je,,, si suami mesti ugut isteri nak kahwin lain. Amboi…senangnya main ugut-ugut ye.. apa mereka ingat poligami tu mudah? Mungkin terlalu mudah bagi mereka.. T_T

Tahu tak syaratnya apa? YEZZA, ADIL! Kena ADIL! (syarat keadilan yang sangat berat sebenarnya, kalau difahamkan betul-betul). Wahai saudara, cuba tanya diri saudara, mampu atau tidak saudara mendidik isteri yang satu itu dengan baik? Yakinkah saudara? Yakin saudara tidak akan dipersoalkan oleh Allah akan keadilan yang telah saudara lakukan? Sekiranya yakin, silakanlah. TAPI! Sekiranya saudara sendiri pun masih tidak mampu untuk mendidik dan membimbing satu  isteri saudara dengan baik, mampukah pula saudara membimbing dua atau tiga isteri saudara dengan lebih baik nanti? Tidak takut tempang diakhirat kelak? Tidak takut hak isteri-isteri saudara dipersoalkan diakhirat nanti?

Lelaki yang bertakwa sememangnya takut untuk mengambil jalan mudah hendak berpoligami kerana takut akan dosa. Subhanallah..berat sebenarnya poligami ni, sangat berat. Al-Quran juga mengingatkan kita bahawa berkahwin satu itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Poligami bukan suatu kebebasan kepada lelaki sebaliknya satu keterikatan pada tanggungjawab yang lebih dahsyat. Nah, dan tanggungjawab itulah yang akan dipersoalkan oleh Allah nanti.

Dalam al-Quran, ada ayat yang mengharuskan poligami beserta syarat yang ketat, iaitu ADIL. Nampak tak, banyak kali dah kan ana mention pasal adil-adil ni. Malah, ada tiga jenis pernikahan yang Allah sebutkan..DAN..ianya ialah..

1.       Menikahi anak yatim yang ditakuti akan berbuat zalim padanya
2.       Menikahi 2,3,4 isteri.
3.       Menikahi seorang isteri atau hamba.

Okay, take note! Cuba lihat betul-betul susunan ayat Allah ni. Ada susunan fiqh awlawiyat (keutamaan) di sini ya! Daripada menikahi anak yatim, baik berpoligami. Daripada berpoligami, baik menikah satu. YEZZA. Allah menegaskan, menikahi satu atau menikahi hamba itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Menikahi seorang isteri adalah yang terbaik kerana berlaku adil itu sangat sukar DAN sangat dekat kepada berbuat ZALIM.
  
# Monogami @ poligami? Mana lebih utama?

FUHH..panjang berjela dan bersemangat la pulak ana membebel pasal isu ni ye. Aish, jangan pandang ringan pasal poligami ni tau. Kenala semangat kalau nak kongsi sesuatu ilmu kan? INGAT NI, menjelaskan poligami sebagai alternatif itu penting. DAN mendedahkan hakikat monogami lebih jauh kepada berbuat aniaya itu juga penting. Membimbing pasangan berpoligami bagi mengurus cemburu itu penting. Memberi pertimbangan yang wajar kepada orang yang belum berpoligami itu juga penting. Pokok pangkalnya, semuanya PENTING! Semuanya penting untuk diperjelaskan kepada masyarakat.

HAH! Ana ada satu lagi soalan buat saudara dan saudari yang membaca. Kalau diberi pilihan, cara hidup yang manakah akan saudara/saudari pilih?

MONOGAMI ataupun POLIGAMI?

------------------------------------------------------------------------------------
(jawab dengan seikhlas hati)

Kalau jawapan ana, ana pilih cara Nabi, cara Nabi adalah hidup bermonogami dengan pasangan pertamanya, bermonogami ketika anak-anaknya masih kecil, bermonogami ketika isterinya mampu melahirkan zuriat dan tetap bermonogami tanpa apa-apa keperluan mendesak.

Dan…INGAT!

Jangan menganggap hukum Islam itu cuma satu iaitu WAJIB. Apa tidak ada pecahannya yang lain? Bagaimana dengan harus, sunnah, makruh dan haram? Fikir-fikirkanlah.



Sekian,, sedikit pencerahan dari ana, mungkin entry kali ini ada banyak kekurangan..mohon dimaafkan kalau ada.  Ana cuma mengajak saudara/saudari membuka ruang untuk berfikir sejenak. Semoga membawa manfaat buat kalian. Ameen.
 


Friday, 16 November 2012

Hadis MAUDUK & Hadis DAIF

Taarif

Hadis mauduk (palsu) ialah apa yang terdapat dalil yang membatalkan bahawa ia adalah bukan sunnah dan ia juga ditolak oleh perawi-perawi yang thiqah, dan juga yang menafikan sandarannya kepada Rasulullah SAW.
   Hadis daif (lemah) pula ialah hadis yang tidak diketahui periwayat ataupun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat hadis sahih atau hasan.

Kesalahan yang Berleluasa: Terburu-buru Menghukum Hadis

Kemungkinan seseorang yang membaca sebuah hadis, lalu mendapati sanad hadis tersebut terputus atau di kalangan perawi hadis itu daif, maka dia pun terus menghukum hadis tersebut daif hanya melihat kepada daif yang berlaku pada sanad. Padahal, perkara itu tidak semestinya daif kerana:
  • Ada kalanya sanadnya daif tetapi matan hadis itu masih kuat. Contohnya, apabila matan hadis dikuatkan dengan hadis yang lain yang dinamakan oleh ulama hadis sebagai 'syahid' atau 'mutaba'ah', maka hadis itu boleh diamalkan kerana ia manjadi kukuh.
  • Ada kalanya hadis itu sanadnya kuat tetapi matannya lemah. Contohnya, sanadnya bersambung dan para perawinya dipercayai tetapi dalam matannya wujud percanggahan.
  • Ada kalanya sanad dan matannya daif.
Apabila didapati hadis mempunyai sanad yang banyak, yang berlainan dan setiap sanadnya tidak terlepas daripada daif maka tidak semestinya juga hadis itu dikira daif  kerana sanad yang banyak dapat menaikkan taraf hadis itu kepada martabat hasan li ghairihi.

   Oleh itu, jangan terburu-buru menghukum sesuatu hadis sebagai daif melainkan selepas dikaji dan diteliti iaitu setelah didapati ia tidak mempunyai 'mutaba'ah' dan 'syahid' kerana daif yang berlaku pada sanad tidak bermakna hadis menjadi daif secara keseluruhan.

Bagaimana Berinteraksi dengan Hadis Daif?

  • Cara Imam al-Nawawi
Al-Imam al-Nawawi berkata:
"Para ulama daripada kalangan ahli Hadis, ahli Fiqh dan selainnya berkata: Dibenarkan dan disukai beramal dengan hadis daif dalam hal-hal fadha'il (fadhilat) serta targhib (galakan) dan tarhib (ancaman), selama hadis itu tidak berstatus maudhu' (palsu)."
Fadha'il bermaksud hadis-hadis yang menyatakan kelebihan beramal. Targhib ialah hadis yang mengandung galakan untuk berbuat baik. Dan tarhib pula adalah yang mengandungi ancaman bagi mereka yang berbuat jahat dan maksiat. 
Berdasarkan pendapat al-Nawawi, dapat kita simpulkan bahawa beramal dengan hadis daif dibolehkan dengan syarat-syarat berikut:
1. Dalam hal-hal fadha'il, targhib dan tarhib (kelebihan, galakan dan ancaman). Namun, hadis daif tidak boleh digunakan sebagai hujah hukum.
2.  Kedaifan hadis itu tidak sampai ke tahap maudhu'. Catatan kaki dalam al-Azkar ada menyebutkan: "Perkataan al-Nawawi: (Selama hadis itu tidak berstatus maudhu') Termasuk hadis yang terlalu daif. Maka tidak boleh beramal dengan hadis yang dalamnya terdapat perawi yang pendusta atau tertuduh dusta."
3.  Sesuatu amalan itu perlu mempunyai syahid (saksi) yang lain (ada dasarnya daripada nash lain yang sahih) seperti ia berada di bawah suatu nash yang umum atau di bawah satu kaedah umum. Ketika beramal dengan hadis ini perlu tidak diiktikadkan (diyakini) bahawa ia sabit (daripada Rasulullah SAW). Malah, hendaklah diiktikadkan sebagai ihtiati (langkah berjaga-jaga iaitu takut jika tidak beramal maka akan rugi daripada mendapat kelebihannya) sahaja.'

  • Cara Syeikh Yusuf al-Qaradhawi 
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menghuraikan berkenaan masalah ini secara panjang lebar di dalam bukunya: Kaifa Nata'amalu Maas Sunnah.
Antaranya, beliau menyebutkan,'...Al-Hafiz Ibnu Hajar menetapkan tiga pensyaratan untuk dapat diterimanya periwayatan yang lemah (daif) dalam hadis-hadis raqa'iq dan targhib. Ketiga syarat itu disebutkan oleh al-Hafiz al-Sayuthi dalam Tadribur Rawi sebagai berikut:
Pertama: (syarat ini disepakati oleh para ahli): Kelemahan tersebut tidak keterlaluan. Kerana itu,  harus ditolak periwayatan tunggal daripada orang yang memang dikenal sebagai pembohong, atau yang dicurigai sebagai pembohong, ataupun yang dikenal hafalannya sangat tidak tepat.
Kedua: Makna hadis tersebut masih dapat digolongkan dalam suatu tema dasar umum yang diakui. Maka harus ditolak setiap hadis yang hanya dikarang begitu sahaja, dan tidak ada asalnya sama sekali.
Ketiga: Pada saat penerapannya, hendaknya tidak dipercayai sebagai hadis yang tidak diragukan asalnya daripada Nabi SAW. Agar tidak terjadi pernisbahan suatu ucapan kepada baginda, sedangkan baginda tidak mengucapkannya. Jadi, hendaknya hadis tersebut dipercayai dengan sikap ihtiyath (berhati-hati kerana takut hadis itu sahih pada realitinya). 

Lumrah Perbezaan Pendapat dalam Menerima Hadis

  • Syarat penerimaan hadis 
Ulama selalunya berbeza dalam menerima hadis dan tidak sependapat dalam syarat-syarat penerimaan hadis. Ada antara mereka yang bersikap ketat lalu menolak hadis yang tidak memenuhi syarat penerimaannya, sedangkan hadis-hadis yang ditolak itu dapat diterima oleh sebahagian ulama lain yang bersikap sederhana.
Misalnya perbezaan syarat penerimaan hadis-hadis yang diletakkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, yang mana Al-Bukhari meletakkan syarat berjumpa  dan sezaman dengan perawi dalam penerimaan hadis, sedangkan Muslim agak longgar dengan meletakkan syarat berjumpa atau sezaman dengannya walaupun tidak berjumpa antara keduanya.

  • Beramal dengan Hadis Mursal (Sanad tidak bersambung) 
 Hadis mursal dikategorikan sebagai hadis daif kerana sanadnya tidak bersambung. Menurut majoriti ulama hadis, ia adalah perkataan tabiin yang mengatakan baginda berkata dengan hadis tersebut, ataupun hadis yang diangkat atau disandarkan kepada baginda daripada perkataan, perbuatan dan perakuannya, tanpa mengira sama ada yang melakukan demikian adalah kalangan tabiin kecil ataupun besar.
Para fuqaha' berselisihan dalam beramal dengan hadis ini. Sebahagian menerimanya sebagai hujah sementara sebahagian yang lain menolak untuk beramal dengannya
Abu Hanifah, Malik dan Ahmad, beramal dengan hadis mursal yang berada dalam tiga kurun pertama hijrah kerana mengabaikan beramal dengannya dianggap meninggalkan sebahagian daripada sunnah dan mengabaikan perawi yang tidak diketahui berkemungkinan dia seorang yang adil dan thiqah (dipercayai). Manakala jumhur ahli hadis, Imam al-Syafie, majoriti fuqaha' dan ahli usul tidak mengambil hadis mursal sama sekali disebabkan periwayatan yang tidak diketahui perawinya.
Dipetik dari :Sebarkan Cinta-Mu 


Monday, 15 October 2012

rindu itukan UKHWAH yang terbina kerana KASIH SAYANG ♥

Bismillah...Assalamualaikum~
entry ana kali ni berkisar kisah hidup ana bersama2 rumate kesayangan ana since sem1 until now (i mean, last sem) sebab sem ni kan ana practical.. :)
okay,,nampak tak tajuk tu "rindu itukan UKHWAH yang terbina kerana KASIH SAYANG..♥
statement yang diculik (err,, dicopy pastelah :D dari rumate ana sorang ni..ehehe)

RINDU???
rindu ni boleh jadi macam2 kan? ehh, macam2 tu 'macam' ape cik pikah? Yela,, rindu dekat Allah..Rasulullah..keluarga..parents..friends..buah hati.. :d  classmate, roomates, kucing.. :D haaaa. tu semue rindu kan..skop 'rindu' ni meluas sebenarnye. hmmm. TAPI, cube pikir balik betul ke tak kite letak rase rindu tu? erm, tak paham eh? :D maksud ana,, rindu kite tu berlandaskan ape? sebab ape kite rindu? mestila sebab teringat-ingat kenangan lame..yang dilalui bersame kan..hee~ TAPI,,kalau rindu dekat Allah sebab ape pulak? haa..tepuk dada tanya IMAN ok...(peace! ^ ^) 

UKHWAH??
ukhwah ni ape pulak cik pikah?? :O
ishhh, dah2 tutup mulut tuh..tak payah nganga luas2 sgt..tak manis dipandang orang..hee. Bile sebut rindu, mesti orang cakap, "ala, ko rindu boyfriend la tu" kan?kan? alah..tok sah nak rindu2 sangat si boyfriend tu..RUGI + BUANG MASE jeee = MEMBAZIR MASE (=.=''') 
kalau rindu sebab ukhwah yang terbina kan seronok.. ^ ^ 

Alhamdulillah, Allah temukan ana dengan sahabat2 sebilik yang sangatlah 'caring & loving' WAHH :D 
segala duka, perit, manis, tawar, kelat, masam, masin dikongsi bersame. :d Eh, betul.. mase ana demam..diorang ni lah yang jadi doktor ana.hihi. Comel je diorang ni. Kami ni asalnye bertige je dalam bilik tu..(pika,ani & syira) :) yang makcik lagi sorang ni masuk lambat sikit..(ina) dan...dari sini, bermulalah kehidupan di alam unibersiti buat kami..macam2 cerite yang kalau ana nak share dekat sini alamatnye memang tak cukup page nak sumbat :D 

Dan...semester demi semester berlalu..tibe2 kami berpisah. huk.sob2.sedih.. :'( tau2, syira nak quit unibesiti..lagila ana sedih..yelah, mesti lepas ni susah nak jumpe dah. TAPI,, semua yang terjadi kan ade HIKMAHnye.. :) nak tau satu rahsia tak? bila ana tau syira dapat masuk kolej islam..ana adela sikit rase jelous..kih2 :d  DAN..semangat jelous tu la yang mendorong ana untuk berubah.wahh wahh. kalau syira bace ni mesti kembang kempis kembang kempis hidung die! :D (maap ye budak comel.hihihi) 

8th October 2012..
Alhamdulillah, dengan keizinan Allah kami dipertemukan kembali di uitm sri iskandar..:) arghh.rinduu!rinduu!:') tak sangke dapat jumpe syira lagi. DAN,, perubahan yang sangat make me IMPRESSED! Allah..syira TERsangatlah comel dengan berpakaian begitu..:) Alhamdulillah, Ya Allah, moge terbuka hatiku satu hari nanti..aminn :) Semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara kite berkekalan till Jannah. dan bukannya termati & berhenti dikala hilangnye dari pandangan, dan semoga ukhwah yang terjalin membawa seribu manfaat buat kita. Allahummaamin!♥ Kenangan akan tetap tinggal kenangan, dan kenangan itulah yang akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita. InsyaAllah ade kesempatan dan umur yang panjang, kita bertemu lagi. InsyaAllah!♥ 


Sayang semua!

Sahabat yang BAIK adalah yang mampu mengingatkan diri kita kepada Allah Ta'ala. Hari ini bersahabat, esok bersahabat, selamanya bersahabat.

Wednesday, 19 September 2012

bersederhanalah dalam bercinta♥

Cinta adakalanya memberikan kita kekuatan dan semangat. Namun, andai disalahguna, boleh membawa mudarat kepada diri kita. Yakinlah bahawa bukan cinta itu yang salah, tetapi hanya kita yang gagal untuk memahami erti cinta yang sebenar. Kita yang gagal untuk menguruskannya. Bukanlah ana melarang sahabat2 ana daripada bercinta, tetapi kita mesti ingat bahawa cinta yang kita letakkan itu janganlah sesekali melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulullah. Bercintalah, sebab kita layak untuk mencintai apa sahaja yang dibenarkan syarak.  Cinta kepada Allah dan Rasulullah adalah kemuncak segala cinta..malah para sahabat dan kaum Muslimin yang terdahulu juga telah melaluinya. Pelbagai bentuk ujian yang telah mereka lalui dalam kembara mencari cinta Ilahi dan pelbagai rintangan telahpun mereka tempuh semata-mata untuk membuktikan cinta mereka pada yang Esa. Ahli keluarga, harta, kemewahan dan perhiasan duniawi sama sekali tidak menjadi penghalang buat mereka. Inilah bukti yang telah mereka tunjukkan demi pengorbanan cinta sejati.Allah.. :')
TAPI,,,janganlah kita terus lenyapkan dan buang jauh2 dunia dan perhiasannya semata-mata untuk mengejar akhirat..CUMA,,kita perlu lebih berhati-hati dan bersederhana dalam bercinta..ingat ye pesan ana ni..ana pun pesan dekat diri ana jugak..sambil tu kita saling ingat mengingatkan..tak salah kan..malah,,kita tak rugi satu sen pun.InsyaAllah dapat pahala + ganjaran dari Allah..

Janganlah memberi cinta melebihi hadnya, kelak kita yang dikecewakan.. dan,,janganlah kita membenci seseorang itu melebihi hadnya. adakala orang itu jugalah yang akan menjadi sahabat kita suatu hari nanti..
Just to remind,
Pika..

Saturday, 23 June 2012

sabarlah dalam mengerjakan ketaatan! ツ

Indahnya sabar..malah jiwa seseorang juga tidak akan pernah terlepas daripada ujian. Lain orang, lain pula bentuk ujian yang dihadapinya. Ada orang yang diuji pada harta mereka. Ada pula yang diuji pada tubuh badan. Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan ataupun kesenangan, semuanya adalah tanda bahawa Allah sebenarnya sayangkan kita..itulah tanda kasih sayang Ilahi pada umatnya.. Semakin besar ujian seseorang, semakin besarlah kasih sayang Allah pada umatnya.Subhanallah..


Bagaimanakah pula yang dikatakan sabar dalam mengerjakan ketaatan?
Kata orang, mudah sekali untuk melakukan kebaikan, tapi sukar untuk istiqamah. Saya yakin, pasti ramai di antara kita yang bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang taat, termasuklah juga saya. Sama ada taat mengerjakan apa yang diperintahkan atau taat meninggalkan apa yang dilarang, semuanya bukanlah semudah yang diimpikan. Sememangnya pasti ada ujian yang menanti. Ia memerlukan istiqamah dan kesabaran yang tinggi.

Jika ingin menjadi hamba Allah yang taat..kesabaran amatlah diperlukan. Kenapa kalau nak taat je kena sabar?? sebab...orang yang nak beribadat pada Allah ni akan diuji dengan bermacam-macam ujian..sebab tu lah kena sabar..jika seseorang itu sabar dalam keadaan taat, sudah pasti dia akan berada di peringkat tertinggi kesabaran..Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sebenarnya tidak pernah terlepas dari diuji oleh Allah. Cuma, yang membezakannya adalah bagaimana cara seseorang itu menghadapi ujian tersebut. Sama ada dia menghadapinya dengan sabar ataupun sebaliknya. Misalnya dalam aspek solat. Bukan mudah untuk mendirikan solat, menunaikan ibadat puasa, membayar zakat dan mengerjakan haji. Semuanya memerlukan kesabaran dalam mengerjakannya..


Apabila terdengar laungan azan pada waktu pagi, kita perlu terus bangun untuk menunaikan solat subuh. Pasti wujud cabaran sama ada kita mahu meneruskan tidur atau mengerjakan tuntutan ibadat tersebut. Begitu juga bagi hamba-hamba Allah yang mahu bangkit dari tidur semata-mata hanya untuk bertahajud dan memuji-muji keagungan Sang PenciptaNya. Pasti akan timbul cabaran di dalam diri mereka. Di kala orang lain sedang hanyut dibuai mimpi-mimpi indah..mereka pula bangkit untuk sujud pada yang Maha Esa. Di sinilah akan terwujudnya kesabaran dalam mengerjakan ketaatan..bagi para hambaNya yang taat, di sinilah kesabaran mereka akan diuji.


Begitu jugalah keadaanya ketika sedang enak menikmati makanan sepanjang tahun, tiba pada suatu ketika kita perlu berhenti, ada perintah lain yang menanti. Apakah perintahnya?? Ya,PUASA! Ia juga memerlukan kesabaran dan ketaatan. Semua perkara yang kita lakukan sebenarnya memerlukan kesabaran! Selepas bersusah payah, membanting tulang dan memerah keringat untuk mencari rezeki, datang pula perintah agar kita menunaikan zakat. Ia perlu dilakukan dengan penuh kesabaran demi sebuah ketaatan. Itulah cabaran dan ujiannya. Misalnya, ada orang yang kerjanya hanya menanam padi, kadang-kadang diserang banjir, adakalanya tidak, namun apabila mendapat hasil, zakat perlu juga dibayar.

Itulah yang dikatakan  sabar dalam ketaatan. Kesabaran ini menuntut kepada pengorbanan dan penghayatan yang sebenar-benarnya. Andai tiada kesabaran yang tinggi, sudah pasti,agak mustahil untuk kita melaksanakan ketaatan ini. Marilah kita sama-sama sejenak memikirkan dimanakah tahap kesabaran kita?...fikir dan renung-renungkanlah...


sekian,,
hanya sekadar perkongsian ilmu sebagai peringatan buat diri sendiri
 dan juga kalian yang membaca..
semoga ilmu yang kita peroleh dapat dimanfaatkan bersama-sama.
 InsyaAllah..

Pika..

Friday, 22 June 2012

izinkan ku lamar REDHAMU..♥

Tuhanku..
Bagaimana mampu kuungkapkan
Apakah kata-kata yang bisa kuabadikan
Sedangkan disetiap pandangan dan degup nafasku
Aku mencari-cari di manakah ilham yang bisa kucoretkan
Tuhanku..
Sering kali kau bertanya
Apakah mampu untukku menjadi hambaMu yang baik?
Sedangkan terlalu banyak khilaf dan kelemahanku
Semuanya tidak pernah terlepas daripada pandanganMu
Tuhanku..
Telah kusingkapkan tirai hati ini
Mahu benar mengintai tabir keagunganMu
Ingin sekali aku melamar keampunanMu
Namun apa yang ku rasa hanyalah rasa malu
kepadaMu
Tuhanku..
Apakah pandangan ini masih terhijab di sebalik dosa-dosaku?
Apakah penglihatan ini masih terhalang di sebalik kesilapanku?
Namun, izinkan aku berkata kepadaMu
Bahawa teringin benar aku melihat wajahMu
Tuhanku.. 
Bukakanlah mata kalbuku ini
Dakaplah aku dalam pelukan kasih sayangMu
Walaupun kutahu terlalu sukar untuk meraih redhaMu
Namun, izinkan aku untuk terus mengharapnya
Demi rasa cintaku kepadaMu
Tuhanku..
Jiwa ini dalam genggaman kekuasaanMu
Sering kali diusik rindu yang azali
Kuingin katakan bahawa aku kan terus mengharap
cinta dan redhaMu..




meraih cintaMU♥

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung denganMU daripada ilmu untuk kemegahan
Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diriku dan orang lain
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku mohon padaMu jiwa yang tenang lagi tenteram
Yang percaya pada pertemuan denganMu
Dan redha atas segala keputusanMu
Usahlah KAU palingkan hatiku setelah KAU tunjuki hidayahMu
Dan berilah rahmatMu kerana KAU adalah Maha Pemberi
Ya Allah Ya Tuhanku..
Kukuhkanlah imanku dari kemungkinan terpesong
Berilah aku petunjuk dari jalan yang sesat
Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungya
Dan sebaik-baik amalku pada penghujung akhirnya
Dan sebaik-baik hariku adalah pada saat aku menemuiMu
Amin Ya Rabbalalamin... :'(